Persediaan dan impak Taufan Julia (2022)

Trinidad dan Tobago

Pada 5 Oktober, gangguan itu membawa ribut petir yang lebat ke beberapa pula di Kepulauan Hadap Angin dan pantai Caribbean. Lebih daripada 2 inci (51 mm) hujan turun di Trinidad dan Tobago dalam masa kurang setengah jam, menyebabkan banjir kilat yang ketara.[18] Banjir itu mengakibatkan seorang maut, selepas seorang wanita dihanyutkan ketika cuba menyeberangi sungai dan lemas.[19]

Venezuela

Hujan lebat akibat ribut menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang berleluasa. Di Las Tejerías, di utara-tengah Venezuela, sekurang-kurangnya 50 orang mati dan 50 hilang apabila lumpur dan serpihan menenggelamkan bandar itu.[20][21] 3,000 orang dikerahkan untuk mencari mangsa yang terselamat.[22]

Colombia

Pusat Julia melepasi selatan Pulau San Andrés ketika ia mencapai kekuatan taufan di timur Nicaragua. Sekurang-kurangnya 174 rumah telah dimusnahkan oleh Julia, dan 5,247 rumah serta sebuah pusat kesihatan telah rosak.[23] Tiada laporan kematian.[24]

Amerika Tengah

Honduras

Pemerintah Honduras membuka lebih 1,137 pusat perlindungan di seluruh negara, dengan 9,200 orang menetap di sana menjelang 10 Oktober. Amaran merah, tahap amaran tertinggi, telah dikeluarkan di 10 daripada 18 jabatan di Honduras. Banyak rumah ditenggelami air di sepanjang Sungai Chamelecón, yang terus dilimpahi pada 10 Oktober.[25] Hujan lebat menyebabkan paras air di Empangan La Concepcion dan Empangan Jose Cecilio del Valle melebihi kapasiti maksimum. Sungai Ulua naik hingga 22.3 ka (6.79 m) berhampiran Santiago, melebihi tahap amaran merah banjir. Kesan yang paling ketara dirasai di Jabatan Yoro. Di seluruh Honduras, Julia membunuh empat orang dan menyebabkan dua lagi hilang setakat 11 Oktober. Seramai 103,960 orang terjejas, 3,412 daripadanya memerlukan pemindahan. Sebanyak 278 rumah musnah dan 397 lagi mengalami pelbagai tahap kerosakan.[26]

Guatemala

Sejumlah 457,300 orang terjejas di seluruh Guatemala, 1,165 daripadanya memerlukan pemindahan.[27] Sekurang-kurangnya 14 orang maut di seluruh Guatemala: sembilan di Jabatan Huehuetenango dan lima di Jabatan Alta Verapaz.[28]

Nicaragua

Taufan meninggalkan sekurang-kurangnya 1 juta orang hilang bekalan elektrik dan memaksa 13,000 keluarga dipindahkan.[29]

Panama

Dua orang maut di Panama berhampiran sempadan dengan Costa Rica dan kira-kira 300 orang memerlukan pemindahan.[29] Kementerian Pendidikan Panama menggantung kelas pada 10 Oktober.[30] Sebanyak dua kejadian tanah runtuh dilaporkan.[31] Akibat hujan lebat, hampir 868 orang terjejas.[31]

El Salvador

Pada 8 Oktober, Kerajaan El Salvador mengisytiharkan amaran jingga untuk seluruh wilayah berikutan ribut yang semakin hampir.[32] Aktiviti memancing dan rekreasi di sungai, pantai, dan tasik digantung sehingga 11 Oktober.[32] Tempat perlindungan kepada kira-kira 3,000 orang telah disediakan.[32] Keadaan darurat negara diisytiharkan berikutan taufan itu.[33] Pemerintah akhirnya mengisytiharkan amaran merah perlindungan awam akibat angin di seluruh wilayah negara.[34] Pokok tumbang dilaporkan di majlis perbandaran yang berbeza, menghalang lalu lintas dan merosakkan kereta.[35] Dahan tumbang menghalang beberapa lebuh raya utama; jalan raya juga rosak akibat tanah runtuh.[35] Lima askar maut dan seorang lagi cedera di Comasagua apabila rumah yang mereka berlindung runtuh.[28] Secara keseluruhan, Julia bertanggungjawab atas 10 kematian di El Salvador.[29]

Rujukan

WikiPedia: Taufan Julia (2022) http://yaleclimateconnections.org/2022/10/disturba... https://www.cbsnews.com/news/tropical-storm-julia-... https://cnnespanol.cnn.com/2022/10/10/tormenta-tro... https://floodlist.com/america/central-america-hurr... https://www.journaldemontreal.com/2022/10/10/gliss... https://www.laprensagrafica.com/elsalvador/Julia-c... https://www.newsnationnow.com/weather/hurricane-ju... https://www.nytimes.com/2022/10/09/world/americas/... https://www.todayonline.com/world/storm-julia-kill... https://trinidadexpress.com/newsextra/heartbreak-t...